Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dianggap keputusan baik kerana ia selama ini dilihat tidak cukup inklusif, selain hanya beri kelebihan kepada murid-murid yang mempunyai akses bank soalan.
Ketua Pegawai Eksekutif Arus Academy, Alina Amir berkata, dengan pemansuhan itu, kumpulan murid berkenaan juga tidak perlu lagi menumpukan masa semata-mata untuk menghafal.